"Keluar bilik orang tanpa bagi tahu langsung tak sopan." Alfan bisik di telinga Dyla dari belakang. Walaupun masih terhincut-hincut, Dyla tetap mengangkat begnya dan diletakkan di dalam perut bas.
"Tidur satu bilik dengan lelaki ajnabi lagi tak sopan."
"I was trying to help." tegas Alfan.
"Well, stop helping. Buat macam mana awak sadung kaki saya hari tu dan pergi tanpa tolong. I'll be much more appreciate kalau awak buat macam tu lagi." mata bertentang mata. Entah kenapa mata Dyla berair. Sebak tidak semena-mena.
Dyla naik tangga bas. Lengannya menjadi sasaran Alfan lagi.
"Amir, Dyla naik dengan abang." Tanpa salam, Alfan menarik Dyla ke keretanya. Kaki yang masih sakit dipaksa berjalan laju mengikut rentak lelaki di hadapannya kini.
"Masuk!" arah Alfan bila pintu kereta dibuka. Alfan sudah ke tempat duduk pemandu. Dyla berdiri kaku.
"Masuk aku kata!"
Dyla pusing. Dia menuju ke bas semula. Alfan ketap gigi dan ketuk stereng kereta. Dia keluar semula dari kereta dan menarik Dyla secara kasar. Tubuh Dyla ditolak masuk ke dalam kereta. Dyla hanya mampu gigit bibir bawah.
Pintu dikatup. Bila Alfan sudah berada di hadapan pintu tempat duduk pemandu, Dyla kembali buka pintunya untuk keluar. Alfan tolak kuat pintunya dan bunyi dentuman jelas kedengaran.
Dia berlari semua ke tempat duduk Dyla.
"Boleh tak kau duduk senyap-senyap dan dengar cakap aku?!" jerit Alfan. Amir yang sedang mengira pelajar mengerling. Terkejut mendengar suara Alfan. Sebenarnya bukan Amir seorang yang dengar, pelajar dalam bas pun turut dengar herdikan lelaki itu.
"Awak jerit, awak marah, awak hina sekalipun, saya takkan pernah dengar cakap awak." rendah suara Dyla dengan matanya masih tepat ke arah anak mata Alfan.
Alfan telan air liur. Matanya macam nak telan Dyla.
"Kau sayang Shah kan?" Alfan tukar cara. Dyla masih tidak mengubah bebola matanya ke tempat lain.
"Dia kawan saya."
"More than a friend, I guess?"
"Not to me and not to him."
"Kau tahu aku boleh buat apa sahaja kat dia, aite?"
Dyla diam.
"Dengan duit?" teka Dyla. Sinis.
"Dengan kuasa." perbetul Alfan.
"You're not the Mighty."
"But yes I do dekat dunia when I have the money."
"But He is more powerful than you are."
"Yes. Tapi right now, selagi aku ada duit, aku ada kuasa untuk jatuhkan kau dengan Shah sedikit demi sedikit."
"Allah gonna pay you back."
"Nope. Dia balas untuk dosa kau."
"Maksud awak?"
"Orang-orang macam kau yang hanya tahu permainkan hati orang sepatutnya dibalas."
"Itu hal saya dengan dia. Awak takde kena mengena dalam relationship kami!"
"Tapi aku tak suka! Aku tak suka orang macam kau!"
"Kalau awak tak suka, then awak boleh get lost and tak payah nak tengok muka saya lagi!"
"Tapi hati aku takkan tenang!"
"And tell me why!"
Alfan diam sebentar.
"Aku nak orang macam kau ni belajar dari kesilapan."
"Well, it's been eight years. Waktu tu pun saya masih sekolah. Puppy love itu adatlah dekat sekolah! I've learned my mistake!"
"Say who?"
"Saya tahulah diri saya. I'm not gonna make the same mistake."
"You'll never learn kalau kau sendiri tak merasa sakitnya."
"Awak yang gila obses dengan perasaan awak sendiri. Samakan sakit hati awak dengan orang lain. Tapi to be truth, orang lain pun tak macam awak. It's not a big deal to them, to me. Cuma pada awak.. Pada awak semuanya nampak besar!"
"Yes! Yes! Semuanya nampak besar sebab aku rasa apa tu sakit!"
"Dan ini apa? Awak nak balas dendam untuk lelaki yang pernah saya tinggalkan? Dia pun takde cakap apa, kenapa awak yang sibuk nak judge saya?!"
Alfan mendengus. Kemudiannya lutut Dyla diketuk dengan jemari yang digenggam.
"Ahh!" menyeringai kesakitan Dyla dibuatnya.
"Jangan berani keluar." amaran Alfan. Kaki Dyla diangkat kasar masuk ke dalam perut kereta. Pintu dihayun kuat. Dentuman berbunyi. Amir telan air liur. Dari tadi dia tengok aksi bertekak kedua manusia itu. Tapi kurang jelas kerana suara Dyla perlahan, begitu juga Alfan. Suara mereka hanya ada unsur tegas dan keras.
Alfan turut sama masuk ke dalam perut kereta. Muka keduanya tegang.
"Er.. Aku rasa, kita dah boleh gerak sekarang." Amir mengajak Liyana masuk ke dalam bas. Ngeri tengok pertengkaran tadi.
DUA-DUA senyap dalam kereta. Radio juga tidak dihidupkan. Dyla yang terasa sejuk terus menurunkan tingkap. Tidak peduli pendingin hawa hidup atau tidak.
"Aku pasang aircond, kan? Yang kau pergi buka tingkap kenapa?" Alfan jeling Dyla.
"Sepatutnya saya nak bas, kan? Yang pergi paksa saya naik dengan awak kenapa?" Dyla membalas.
"Kau nak sambung bertekak dengan aku lagi ke?" Alfan menduga.
"Kalau itu yang boleh buatkan awak berhenti ganggu saya dan persalahkan saya sebab masa lalu saya yang hampir sama cerita dengan awak.. Saya sanggup bertekak dengan awak sampai habis suara." sekali nafas Dyla berkata. Pandanganya masih di luar tingkap. Alfan menaikkan kembali cermin tingkap menggunakan punat automatik yang berada di dalam kawalannya. Cermin tingkap naik kembali.
Dyla merengus. Dia menurunkan kembali cermin tingkap itu.
Alfan menaikkan.
Dyla menurunkan.
"Kalau kereta aku rosak, kau nak bayar lagi ke?" sindir Alfan.
"Saya boleh pinjam duit untuk bayar hutang awak." menjawab.
"Dengan siapa?" kening Alfan terangkat sebelah.
"Sesiapa sahaja."
"Boleh tak kau jangan degil?"
"Funny. Sebab saya pun nak tanya soalan yang sama dekat awak. Boleh tak awak jangan degil and accept what past is past?" Dyla kerling ke kanan.
Alfan diam.
Keadaan kembali reda bila keduanya mendiamkan diri. Perjalanan yang sudah mencapai 3 jam langsung tidak membuatkan dia mengantuk. Alfan akhirnya mengalah dan membiarkan cermin tingkap diturunkan. Pendingin hawa dimatikan.
Seketika kemudian, Dyla mengeluarkan telefon bimbitnya. Baru ada line! Aplikasi Whatsapp dibuka.
Dyla : Alfan...
Lelaki itu tidak membalas. Sibuk barangkali. Dyla merengus. Nama Shah pula dicari.
Dyla : Shah?
Shah : Yup. Dah balik?
Dyla : Shah, kalau kita suka seseorang, better untuk kita diamkan, atau bagi tahu?
Shah : ? Kalau selaku pelajar, diamkan. Nanti study tak fokus kalau bagi tahu. Kalau dah bekerja, dah ada gaji sendiri, dah sedia untuk bina rumah tangga, bagi tahu.
Dyla : Kalau awak?
Shah : Diamkan.
Dyla : Okay.
Shah : Kenapa? Awak ada suka someone ke?
Dyla : Tak lah. Kawan..
Shah : Nasihat dia.. Habiskan belajar dulu. :)
Dyla : Okay :)
Air mata menitis. 'Cubalah sekali aje memahami. Tolonglah.. Sekali aje awak faham apa yang orang cuba sampaikan. Suka seseorang bukan benda mudah untuk disembunyikan. Bukan mudah sampai orang letih, Shah.'
Menangis dalam diri adalah yang paling menyakitkan. Tak boleh nak luahkan, tak boleh juga nak tunjukkan. Terseksa.
"NAK pergi toilet tak?" Alfan masuk ke R&R. Dyla menggeleng. Kepalanya masih membuang pandang ke luar tingkap. Tak mahu memandang lelaki ego sebelah ini. Letih asyik tengok muka dia.
"Tunggu sini." Alfan keluar dari perut kereta.
Sepuluh minit kemudian, Alfan kembali ke kereta dengan satu plastik air dan jagung rebus di tangan.
"Makan." jagung itu diserahkan kepada Dyla.
"Tak nak." Dyla masih kepala batu. Jagung pun dia tak nak pandang sebab nanti nampak tangan lelaki itu. Kalau boleh, seluruh tubuh lelaki itu dia tak mahu lihat.
"Muka kau tu dah la pucat. Dari semalam tak makan. Makan jagung ni." jagung masih disua.
"Saya tak nak. Tak mahu. Awak faham bahasa melayu kan?"
"Dan kau faham bahasa melayu kan, bila aku kata makan, makan!" keras suara Alfan.
'Ah. Kau nak aku ikut kepala kau, kepala aku kau tak nak ikut pula?' Dyla rampas kasar jagung di tangan Alfan. Alfan tarik tali pinggang kaledar. Lain pula yang berlaku pada Dyla.
Tali pinggang kaledar dilepaskan, pintu dibuka. Tong sampah berhampiran dirapati dan BAM! Jagung rebus selamat mendarat ke dalam perut tong sampah hijau itu. Alfan ketap gigi.
Dyla masuk semula ke dalam kereta.
"Jangan paksa saya makan kalau saya kata tak nak." Dyla merebahkan kerusi. Mata dipejam. Badannya dicondong sikit ke kiri membelakangi Alfan. 'Aku tidur lagi bagus.'
"Degil." Alfan menghidupkan semula enjin kereta.
DYLA diam. Alfan juga. Entah mana si Alfan ni bawa Dyla, gadis itu pun tak tahu. Berada di tepi jalan atas bukit dengan memandang ke bawah seakan tempat ini mereka yang punya.
Alfan keluar dari kereta untuk menghirup udara segar.
"Kalau dah namanya gila tu, gila juga. Tengah hari mencacak macam ni pergi keluar, lagilah gila." bebel Dyla sendirian.
Dia naikkan cermin tingkap dan menghidupkan pendingin hawa. Jam di tangan sudah hampir menginjak ke Asar. Sempat mereka berhenti untuk solat Zohor di R&R tadi.
Cermin tingkap diketuk dari luar. Dyla pandang dengan lirik mata malas. Cermin tingkap diturunkan.
"Keluar." arah Alfan.
"At 9am, yeah sure. Tapi sekarang dah pukul 4 lebih. Matahari bukan lagi bagi vitamin."
"Aku kata keluar, keluarlah!"
'Kenapalah budak ni susah sangat nak dengar kata?'
"Sampai bila awak nak tinggikan suara? Macam ni yang awak nak saya setuju kahwin dengan awak?"
Alfan tahan sabar.
"Fine." Alfan kembali memandang ke langit yang membiru. Dia cuba tahan marah.
'Alfan, kau bukan seorang yang panas baran. Kau bukan... Bukan..'
PINTU kereta dihempas kuat. Dyla melangkah masuk ke dalam rumah sewanya tanpa sepatah perkataan pun pada lelaki itu. Alfan genggam penumbuk.
'Tak reti nak berterima kasih langsung.'
Kereta Alfan pun terus pergi bila Dyla langsung tak menoleh hingga hilang dibalik pintu rumah sewa.
"Lambat kau balik?" Saadah yang baru selesai mandi, turun dengan tangan sibuk mengelap rambut.
"Beg aku tadi tertinggal dalam bas. Kau ada ambilkan tak?" Dyla elak soalan.
"Ada. Aku dah letak kat bilik kau."
"Thanks. Aku nak mandi kejap." Dyla naik dengan lemah.
"Kau okay?" Saadah sebenarnya nak tanya tentang hubungan Dyla dengan Alfan. Sesi bertekak tadi nyata mengejutkan satu bas!
"Aku okay." Dyla sengih sedikit. Saadah lega.
"Pergilah mandi. Busuk!" gurau Saadah.
KEPALA terasa berat sekali. Bunyi Whatsapp dibiarkan. Baik Alfan si penyayang atau Shah, dia tak peduli. Kepalanya sakit. Banyak sekali masalah yang difikirkannya. Hutang dengan Alfan si penyayang pun tak tahu macam mana nak bayar. Entah bila tahun nak habis kalau setiap bulan bayar RM100. Tapi lega juga. Lebih baik berhutang dengan si penyayang daripada dengan si egoistik!
Alfan : Sorry lambat. Baru habis mesyuarat.
Dyla tengok jam. 9 malam.
Dyla : Baru habis mesyuarat?
Alfan : Yup. Ayah dapat projek baru :)
Dyla : Ouh. Congrats.
Alfan : Btw, kenapa?
Dyla : Erm? Nothing.
Alfan : Tak mungkin nothing.
Dyla : Saje. Rindu lama tak Whatsapp.
Alfan : Haha. Orang tu rindu kitalah.. Terharu :D
Dyla : Haha.
Alfan : Hey, kenapa ni?
Dyla : Alfan, awak marah tak waktu orang tinggalkan awak dulu?
Alfan : Why so sudden? Selalunya awak yang marah kalau orang bangkitkan isu ni.
Dyla : Jawablah.. Marah tak?
Alfan : At first memang marah. Er.. Actually bukan marah pun, sakit hati.
Dyla : Is it damn hurt?
Alfan : Yeah.
Dyla : Awak tak pernah maafkan orang?
Alfan : I'm thinking about forgiving you.
Dyla : Kiranya tak pernah maafkan lah?
Alfan : Ahaha. It's all past. Kenapa tiba-tiba?
Dyla : Awak ada sepupu atau sesiapa yang namanya Alfan juga?
Alfan : Nope. Ni mesti pasal si egoistic tu.
Dyla : Em. Better orang get rest. Penatlah camping.
Alfan : Okay. Feel free kalau nak cerita.
Dyla : Of course.
Alfan : Goodnight Dyla.
Dyla : Goodnight.
'Aku silap, atau dia yang betul?'
"It's not a big deal to them, to me. Cuma pada awak.. Pada awak semuanya nampak besar!"
'Dah lapan tahun, Alfan pun masih tak lupakan cerita tu. Masih tak maafkan. Macam mana aku boleh kata it's not a big deal sedang yes it is?'
Dyla letak lengan di atas dahi. Air matanya meleleh. 'Karma mungkin? Shah langsung tak nampak aku sebab karma, mungkin?'