Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Thursday, April 26, 2012

dtm 7

Aiman hanya memerhati memeluk tubuh melihat Farhana dan Dania yang sibuk mengangkut beg masuk ke dalam rumahnya. Sebenarnya dia juga tidak setuju dengan tindakan adiknya yang mengambil langkah mudah keluar dari rumah tiba-tiba macam tu. Nasib baik hari ini, hari cuti. Dalam pada masa yang sama, dia juga seronok. Seronok dapat sebilik dengan isterinya. Penat tubuhnya tak hilang lagi dari semalam apabila dia dipaksa Farhana untuk memindahkan barang-barang kecil dari bilik Aiman ke dalam biliknya.

“Ni apa cerita sampai lari rumah ni? Mama tahu tak Nia datang sini?” soal Aiman yang berlagak macam inspektor.

“Tahu. Abang ni, tunggu la kejap. Nia tengah angkut barang ni. Penat tahu tak. Bukan reti nak tolong. Membebel pula dia.” Marah Dania. Orang tengah penat-penat punggah barang, boleh pula dia menyoal macam aku ni pekerja asing.

“Yang sibuk sangat nak datang sini kenapa? Padan muka. Punggah la barang tu sendiri.” Aiman terus mengambil tempat di sofa panjang. Farhana hanya diam. Penat bertikam lidah dengan Aiman semalaman kerana masalah Dania.

“Berapa lama nak duduk sini?” tanya Aiman. Matanya tepat memandang skrin televisyen.

“Daripada abang banyak menyoal, kan elok kalau abang membantu kita orang ni angkat beg Nia ni? Dapat la juga pahala pagi-pagi ni.” Farhana bersuara akhirnya. Aiman mengeluh. Penat tahu tak! Penat!! Amukan Aiman hanya dapat dipendamkan di dalam hati.

“Meh sini!” Aiman mengambil bagasi Dania dan dibawanya ke bilik bawah. “Nia duduk bilik bawah aje. Jangan mengada nak naik atas.” Keras suara Aiman. Dania mencebik. Ingat aku heran sangat nak naik atas? Lagi bagus duduk bawah. Takde la penat kaki nak menapak ke tingkat atas.

“Abang Nia tu memang macam tu. Bila datang angin dia, memang gaya dia macam tu. Duduklah dulu. Kak Far buat air kejap.” Farhana bergerak menuju ke dapur.

Seketika kemudian Aiman muncul di ruang tamu. Punggung dihenyakkan di atas sofa bersebelahan dengan Dania.

“Cerita. Apa pula dah jadi sampai keluar rumah macam ni?” Aiman menukar siaran yang dari tadi ditonton Dania. Berkerut dahi gadis itu apabila rancangan televisyen kegemarannya dialihkan.

“Abang memang sengaja, kan?”

“TV abang. Kau tu yang menyibuk.” Muncung Dania panjang. “Kak Far! Tengok abang ni!” jerit Dania.

“Kau dah kenapa? Bising pula! Basib baik Kak Far kau ada. Kalau tak, dah lama benjol kepala kau.” Aiman menukar kembali siaran tadi. Dania tersenyum gembira.

“Nia, jom minum dulu. Kak Far dah siapkan breakfast.” Aju Farhana. Dania terus bangun dari duduknya dan menuju ke dapur. Tengok tu, Nia dah ada, dia lupa suami dia.

“Nia aje ke?” kuat suara Aiman dari ruang tamu.

“Nak makan, meh sini cepat!” jeritan Farhana kedengaran dari dapur. Tengok tu lagi! Dengan aku dia main pakai jerit-jerit aje. Dengan Nia, sempat jemput sampai ke sini. Rungut Aiman dalam hati.

“MEMANG Kak Far dengan abang makan macam ni tiap-tiap pagi ke?” tanya Dania sambil menyuapkan roti bersapu Nuttella ke dalam mulut. Farhana hanya mengiakan.

“Kenapa?” tanya Aiman.

“Kalau kat rumah, mama selalunya buat nasi goreng ke, mee goreng ke.”

“Ni rumah abang. Bukan rumah mama. So ikut aje apa yang kita orang makan. Kau yang sibuk nak datang sini.” Aiman menjeling adiknya. Dania tersentap.

“Erk.. kalau Nia tak biasa makan roti, dalam peti ais ada susu dengan cereal. Nak ke? Kalau nak, Kak Far tolong ambilkan.”

“Tak payah. Kalau dia nak, pandai la dia ambil sendiri. Ada kaki, ada tangan, kan?” Aiman menghalang Farhana dari bangun. Dania tersentap lagi.

“Takpelah Kak Far. Kat rumah pun Nia memang makan roti aje even mama goreng nasi. Pagi-pagi tak berselera sangat.” Ujar Dania perlahan. Aiman memandang adiknya tidak puas hati.

“Macam mana dengan sekolah nanti?” Aiman tidak membiarkan meja makan itu sepi. Dania nak makan dengan tenang pun sentiasa terganggu dengan soalan-soalan dari abangnya.

“Biar la dia makan dulu. Nak soal pun, kejap lagi boleh, kan? Hari ni hari Sabtu. Satu hari awak boleh soal dia.” Farhana berkata.

“Jawab abang sekarang.” Tegas Aiman. Baru hari ini Farhana lihat berang Aiman.

“Nia ambil bas la nanti.” Senang betul jawapan Dania.

“Duit belanja makan kau? Abang nak kena tanggung?”

“Nia ada duit.”

“Duit tu akan habis juga nanti.”

Dania berhenti menyuap. Dia merenung abangnya..dalam! “Abang memang tak suka Nia tinggal kat sini, kan?” serkap Dania.

“Bukan abang tak suka. Kau kena fikir. Abang dengan kakak kau ni kerja. Siapa nak jaga kau? Kita orang bukan kerja fixed time. Kena panggil, memang kita orang tidur kat hospital aje. Takkan abang nak biarkan kau seorang dalam rumah ni. Kalau apa-apa jadi? Kau nak mama salahkan Kak Far kau ni? Takkan kau tak tahu mama macam mana? Semua pada mata dia, Kak Far yang salah.” Farhana terkesima.

“Habis, abang nak adik duduk kat rumah tu dengan semua orang tak berpihak pada adik? Dalam rumah tu, adik seorang yang bela Kak Far tahu tak? Semua kondem adik. Mana adik nak tahan duduk kat situ. Wujud dibuatnya macam tak wujud.” Sekali lagi Farhana terdiam.

“Tapi kau masih di bawah tanggungan mama dengan papa. Abang dulu pun macam tu. Semua yang abang nak buat, semua dia orang bantah. Semua nak kena ikut telunjuk dia orang. Kalau abang ikutkan sangat kata-kata mama dengan papa, entah-entah sampai sekarang abang masih dok ulang semester kursus yang abang tak minat.”

“Abang ingat abang seorang? Habis Nia ni? Bukan minat sangat dengan akaun tu. Dipaksanya juga ambil bidang tu. Apa yang adik nak suarakan pun semua tak dapat.”

“Kau yang tak berani nak suarakan. Habis kau minat apa, dik? Abang ingat kau memang suka dengan akaun. Elok aje result.” Suasana yang tegang sedari tadi kini makin luntur.

“Nia nak jadi macam abang dengan Kak Far. Tapi Nia nak ambil bahagian lab. Tapi mama takkan pernah setuju. Akaun juga yang dia paksa. Nak suruh jalankan bisnes papa la tu.”

“Adik takde plan ke?” Farhana mencelah.

“Sebab adik baru lagi masuk Form 4, adik ada tanya cikgu. Boleh tambah subjek ke tidak.”

“Dah tu cikgu cakap apa?” serentak Farhana dan Aiman bertanya. Dania tersenyum seraya mengangguk.

“Sekarang pun sekolah dah tawarkan akaun campur dengan chemistry. Adik mohon tambah physics dengan bio aje.”

“Dapat?” Farhana makin tertarik dengan bual bicara pagi ini.

“Dapat. Tapi kena belajar sendiri la. Sebab nak masuk kelas sains, jadual banyak bertembung. Kalau nak belajar dengan cikgu kat sekolah, lepas habis waktu sekolah boleh la.”

“Nia tak nak pergi tuisyen?” tanya Farhana.

“Buat apa pergi tuisyen kalau awak dengan saya boleh ajar?” Aiman mengajukan soalan pada Farhana. Bulat mata Dania.

“Maknanya Dania akan tinggal sini dalam jangka masa yang lama la?” sudah bersinar-sinar mata adiknya itu.

“Itu nanti abang bincang dengan mama.”

“Lagipun sekolah Nia lagi dekat dengan rumah abang dibandingkan rumah mama.” Dania masih mencuba nasib untuk meyakini abangnya.

“Kenapa Nia tak masuk asrama aje? Sekolah Nia kan ada asrama.” Soalan Aiman membuatkan Dania terdiam.

“Takut.”

“Nak takut apa? Dulu Kak Far dengan abang pun duduk asrama.” Balas Aiman.

“Tak nak lah.” Masam muka Dania.

“Hmm.. nanti abang bincang dengan mama pasal ni.” putus Aiman akhirnya.

“Okay.” Lemah betul suara Dania.

“Dania suka masak tak?” tanya Farhana tiba-tiba.

“Suka! Suka sangat!”

“Kejap lagi Nia tolong Kak Far masak, eh?”

“Bereh!”

Aiman yang baru selesai makan terus membawa pinggan ke dapur dan mencucinya. “Kak Far, abang memang akan cuci pinggan sendiri ke kat sini?” tanya Dania pelik. Farhana mengangguk.

“Kenapa?”

“Sebab dulu kat rumah, lepas makan, kita orang tinggal aje atas meja. Semua nanti bibik yang buat.”

“Kalau kat sini, siapa yang makan, dia kena cuci pinggan sendiri. Nia pun kena buat macam tu tahu.” Pesan Farhana sebelum membawa pinggannya ke sinki. Dania sempat mengangguk.

“Abang nak pergi rumah mama kejap lagi. Awak nak ikut?” bisik Aiman yang berselisih dengan Farhana ketika wanita itu ingin mencuci pinggannya.

“Far jaga Nia.” Jawab Farhana. Aiman mengangguk faham.

“MA, mama ke yang benarkan Nia tinggal dengan Aiman?” Aiman merenung Puan Sri Diana. Wanita tua itu seakan malas mengambil tahu. “Dia yang nak sangat tinggal dengan perempuan tu.”

“Macam mana Aiman nak sara dia kalau Aiman dengan Far sendiri pun busy?”

“Itu terpulang pada kamu lah. Adik kamu yang nak sangat tinggal kat sana.”

“Tak boleh ke mama dengar dulu apa yang Nia nak katakan? Kesian kat dia.”

“Dengar apa? Dari mulut dia tu, semua pasal isteri kamu. Farhana itu, Farhana ini.” Puan Sri Diana naik muak.

“Tapikan dia still di bawah jagaan mama. Bawah tanggungan mama.” Aiman tidak puas hati dengan kata-kata mamanya.

Puan Sri Diana kembali memandang anak lelakinya. “ So?”

Aiman mengeluh. Kenapa mama tak nak faham? “Kenapa mama nak atur hidup adik? Hidup dia, biar dia yang atur. Mama jangan arah dia itu ini ikut kehendak mama aje.”

“Ni apa kena mengena pula ni dengan atur-atur hidup ni?” Puan Sri Diana memeluk tubuh.

“Pasal bidang yang dia ambil sekarang. Dia tak minat akaun, ma. Dia nak sains. Tapi apa yang mama bagi kat dia? Macam mana dia nak teruskan kalau dia takde minat dalam bidang tu?” suara Aiman sedikit meninggi.

“Apa kena mengena dengan dia duduk di rumah kamu? Mama tak nampak connection pun.” Puan Sri Diana menjeling.

Aiman mendengus. “Macam ni lah mama. Kita settle satu-satu. First thing pasal tinggal dekat rumah Aiman. Aiman tak kisah pun sebenarnya. Tapi dia masih under tanggungan mama, can you help me a little bit? Belanja dia..” Aiman merenung anak mata mamanya. Wanita tua itu tiba-tiba berkerut dahi. Terserlah kerisauan dari wajahnya.

“Mama dah tua. Sepatutnya waktu senja mama macam ni, kau orang dengar apa yang mama nak cakap. Teman mama kat sini. Tapi kamu, Man... Kamu mana ada dengar cakap mama. Mama larang kahwin dengan Farhana, kamu nak juga. Lagi mama larang, lagi kamu nak buat. Mama bagi kamu ambil jurusan yang kamu nak, itu tak cukup lagi ke mama dah ikut kehendak kamu? Mama nak Nia masuk bidang yang sama macam papa kamu supaya dia boleh jaga syarikat papa kamu bila papa dah tak larat nanti. Siapa lagi yang nak jaga kalau bukan salah seorang dari kamu? Titik peluh papa yang dah bertahun-tahun dia usahakan tu, takkan nak tinggal macam tu aje?” Puan Sri Diana menggenggam jemari Aiman.

“Mama tak berkenan dengan Farhana. Tak pernah berkenan pun. Tengok la, sampai sekarang pun dia belum boleh bagi zuriat untuk kamu. Apa lagi yang kamu nak kat dia? Lepaskan dia aje, Man.” Pujuk Puan Sri Diana. Aiman tergamam.

Lantas lelaki itu menarik tangannya kembali dari genggaman tua mamanya. “Supposely, mama sokong Aiman. Bukan minta benda macam ni. Zuriat tu rezeki Allah. Belum ada rezeki lagi, takde la. Mama pun tahu, bercerai tu tak dilarang tapi Allah tak suka.”

“Mama tak tahu kenapa hati mama keras sangat untuk terima Farhana. Mama tak boleh terima dia.” Bidas Puan Sri Diana.

“Sebenarnya mama bukan tak boleh terima dia, tapi mama tak boleh terima latar belakang dia. Mentang-mentang dia anak yatim piatu, membesar dekat rumah kebajikan, mama pandang rendah kat dia.” Aiman tidak puas hati. Memang itu yang mamanya tak puas hati! Bukan dia tak tahu.

“Bukan macam tu..” Puan Sri Diana masih menyangkal. Aiman memandang tepat anak mata mamanya, “Dah tu?”

Puan Sri Diana mengeluh kecil, “Hal adik kamu macam mana pula?” wanita itu mengubah topik.

“Aiman rasa, buat masa ni, biar dia duduk dengan Aiman dululah. Tapi tu la, wang saku dia..” Aiman mengharap mamanya mengerti. Wanita tua itu tahu, jika anak daranya itu berkeras, susah juga nak ubah pendirian gadis itu. Kalau diubahnya juga, akan jadi punca pula. Sama sahaja sewaktu Dania dipaksa mengambil aliran akaun. Seminggu dia tidak pergi ke kelas akaun. Waktu belajar akaun, dia lari ke kelas sains. Puas cikgunya mengambil tindakan, tetapi dia tetap berkeras.

“Nanti mama bank in dalam akaun kamu. Berapa lama pula minah tu nak duduk dengan kau orang?” Puan Sri Diana mengalah.

“Tak tahu dia. Ikut kepala angin dia la. Bukannya boleh diubah budak tu. Kang muncung sedepa, buat perangai pula kang.”

“Tapi mama nak Sabtu Ahad, dia balik rumah. Jumaat malam lagi, dia dah kena ada dalam rumah ni.” pinta Puan Sri Diana. Aiman mengangguk. Menyusahkan betul budak bertuah tu.

“Hmm.. tinggallah mama seorang dalam rumah ni. Ada anak, macam takde aje.” Keluh Puan Sri Diana. Sengaja dia berkata begitu supaya Aiman rasa serba salah.

“Rumah kita bukan jauh pun ma. Mama boring, datang la rumah Man.” Pelawa Aiman.

“Nanti mama datang, dua-dua kat hospital. Malas mama.”

“Nia ada.”

“Mama masih tak boleh terima isteri kamu.” Tegas mamanya. Aiman terdiam. “Kalaupun mama tak boleh terima dia, at least mama respect dia as my wife. Kalau dia ada buat salah, mama sepatutnya tegur, bukan tengking.” Lembut kata-kata Aiman, namun cukup tajam di pendengaran mamanya.

“Tak kerja hari ini?” mamanya mengubah topik.

“Cuti.”

“Lunch kat sini dengan mama eh?” Puan Sri Diana mengharap.

Aiman senyum nipis. “Maaf ma, tak dapat join. Far dah pulun masak dengan Nia. Kang kalau Man tak makan, ada juga yang merajuk.” Aiman ketawa kecil. Puan Sri Diana menjungkit kening. Sinis.

“Hmm.. yelah.” Balas wanita tua itu.

“KAK, nak masak apa ni?” tanya Nia. Matanya melilau melihat lauk mentah yang berada di dalam sinki. Sayur-sayur sudah bersusun di atas meja makan, bersedia untuk dipotong.

“Disebabkan hari ini Kak Far dengan abang cuti, akak nak buat special sikit. Sebab Nia pun ada boleh tolong akak, kita masak banyak lauk sikit hari ni. Okay?” cadang Farhana. Nia menelan air liur.

“Kecur air liur kak..” Nia dah terbayang-bayang hidangan sampingan. Sedapnya!

“Akak ada beli asparagus haritu. Cuba tengok atas meja tu, ada lagi tak? Akak dah keluarkan semua sayur dari peti ais.”

Setelah melilau mencari sayur yang namanya asparagus, Nia segera menjerit, “Ada!”

“Nia, tolong call abang. Minta tolong dia belikan biskut oreo dengan cheese. Nak cream cheese tahu. Pesan kat dia.” Pinta Farhana yang sibuk memotong daging.

“Kak Far nak buat apa?”

“Oreo cheese cake. Nia suka, kan?” telahan Farhana membuatkan Nia berbunga-bunga.

“Sangat!!!!” segera Nia berlari mendapatkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Aiman.

AIMAN balik dengan menjinjit beg plastik. Ada-ada aje. Pantang orang keluar rumah, ada aje yang nak dipesannya. Tapi lagi teruk kalau dia yang pergi shopping. Kalau boleh, semua dalam supermarket tu dia nak beli. Sekali masak macam nak makan sepuluh orang. Agaknya kalau ada periuk kawah dalam rumah ni, hari-hari dia masak guna periuk kawah. Gumam Aiman sendirian.

“Tu muka berkerut tu, tension sebab orang suruh pergi supermarket seorang diri la tu.” Teka Farhana sambil memeluk tubuh di ruang tamu.

“Main tuduh aje. Ni barang-barang yang awak pesan.” Aiman menghulur plastik dengan muka cemberut.

Setelah mencapai plastik berisi, Farhana membelek isinya. Dia kembali memandang suaminya. “Pandai awak cari cheese.” Puji Farhana. Aiman merapat. Dia merangkul pinggang Farhana.

“Tengok la suami siapa.” Bisik Aiman dekat dengan telinga Farhana. Cair dibuatnya. Dania yang baru keluar dari dapur terkejut seraya berdehem. “Kak Far, nak goreng sayur sekarang ke?” tanya Nia. Segera Farhana menolak kasar tubuh suaminya.

“Er... Kejap lagi Kak Far goreng. Nia tolong akak sediakan barang nak buat cheese cake dulu.” Kata Farhana. Aiman dengan selamba tidak beriak menggaru kening yang tidak gatal dan mengambil tempat di sofa. Remote control televisyen dicapai. Nia mengangguk.

“KAK, muka Nia berminyak la. Dah banyak kali cuci muka pun still sama juga. Bila jadi macam ni, akak tahu aje la, rajin sangat pakcik jerawat tu naik. Menyampah!” rungut Dania sambil memeluk kaki di atas karpet.

Farhana terdiam sebentar. Aiman menyibuk, “Tu jerawat gatal! Gatal sangat, tu la jadinya.” Segera lengan Aiman dicubit Dania. Geram!

“Dulu pun akak ada masalah macam tu. Ibu selalu blend epal kat akak. Lepastu bubuh kat muka lima belas ke dua puluh minit. Then, basuh dengan air suam. Ibu suruh akak buat 3 kali seminggu. Tapi sebab akak malas, akak buat sekali seminggu aje. Tapi alhamdulillah la, hilang juga. Makan masa la juga. Bukan waktu buat tu terus hilang.” Cerita Farhana.

“Oh yeke? Nanti boleh buat!” balas Dania ceria.

Farhana mengambil telefon bimbitnya. “Abang, suis wifi buka tak?” tanya Farhana sambil mengerling ke belakang. Dia sedikit mendongak kerana Aiman berada di atas sofa, sedangkan dia di lantai. Sedap pula duduk atas karpet.

“Buka. Abang tengah guna la ni.” jawab lelaki itu. “Okay.” Suasana sepi. Mata Aiman kejap di telefon bimbit, kejap pada skrin televisyen. Yang si Dania pula sibuk dengan BB dia. Kadang-kadang dia tersenyum, kadang-kadang kening bertaut.

“Nia cuba la Google lagi cara lain. Akak pun dah lupa tips yang ibu bagi kat akak.” Farhana bersuara memecah hening. Dania menurunkan telefon bimbitnya daripada paras dada.

“Kak, ibu tu siapa?” tanya Dania pelik. Setahu aku, Kak Far mana ada mak ayah.

“Oh, Nia lupa kot. Ibu tu orang yang jaga akak waktu kat rumah kebajikan. Dia yang tolong Kak Far sambung study. Lagipun dia memang takde anak. Akak dah dianggap macam anak dia sendiri. Dulu waktu study pun, ibu yang banyak tolong akak. Nia ada jumpa dia waktu wedding akak.”

“Ada jumpa kot. Tapi tak perasan.”

“Mana kau nak perasan, mata tu sibuk melilau tengok budak lelaki. Itu la, gatal!” usik Aiman.

“Abang yang gatal. Nia ada kat rumah ni pun, abang sibuk menggatal-lisme dengan Kak Far kat ruang tamu.” Selamba Dania berkata. Dia mencebik ke arah abangnya. Aiman teringat kembali kejadian tengah hari tadi.

“Kau tu yang menyibuk. Kalau kau takde, memang kat mana-mana aje abang boleh menggatal-lisme dengan akak kau ni. Lagipun, dia isteri abang. Suka hati abang la nak buat apa.” Aiman juga selamba-dog menjawab.

“Sudah la tu. Pantang dekat la dua manusia ni. Kerat lapan belas kang baru tahu.” Bebel Farhana. Nak tengok TV pun tak senang! Bertikam lidah aje. Masing-masing senyap.

Dania teringat sesuatu, “Cheese cake dah boleh makan ke kak?”

“Makan aje kau ni.” Aiman mencelah. Mata Dania dibulatkan. Farhana menggeleng.

“BAGUS juga Nia duduk sini.” Aiman meletakkan tangannya di atas pinggang Farhana. Wanita itu menggigit bibir menahan geram. Ambil kesempatan betul dia ni tau!

“Bukan ke awak juga yang bermati-matian bertekak dengan saya sangkal idea nak bagi Nia duduk sini, dulu?”

Aiman tersengih. “Itu dulu. Sekarang ni, sekarang la.” Dia mengeratkan pelukan.

“Makin ditegur makin ligat dia.” Farhana hanya membiarkan. Aiman tersenyum. Makin mengada dia.

“Suami awak juga.”

“Manja!”

“Pendek.” Aiman melawan.

“Cakap dengan cermin ke dik oi? Bagus la kalau tahu cermin diri.” Farhana ketawa terkekek-kekek. Aiman memusingkan tubuh Farhana supaya menghadapnya.

“Awak tu yang pendek. Tak cukup calcium.” Perli Aiman.

“Pen-takut pula tu.” Farhana tidak mahu mengalah.

“Takut apa pula?” Aiman pelik. Aku takut? Pfftt! Takut dengan Allah, iya la.

“Dengan sayur. Nama aje doktor. Tapi hampeh. Agaknya macam mana awak nasihat budak-budak supaya dia orang makan sayur eh? Sedangkan awak sendiri tak sentuh sayur.”

Aiman menjulingkan mata. Farhana ketawa. “Buat la juling macam tu, jadi betul-betul nanti baru tahu.” Farhana meletakkan hujung jari telunjuknya pada dahi Aiman. Aiman menepis lembut.

Mereka menyepi seketika. Aiman mengambil sepenuh peluang ini untuk merenung isterinya secara dekat. “Susah tak kahwin dengan saya? Hidup dengan saya?” soal Aiman.

Farhana tidak menjawab lagi. Diam sahaja. Aiman terus-terusan merenung wajah itu. Keluhan akhirnya keluar dari bibir Farhana.

“Kehidupan, tak seindah yang kita impikan. Tak secantik yang kita idamkan. Macam mana pun, mesti ada cacat celanya. Far terima tu semua. Susah payah macam mana pun, sekarang ni Far dah jadi wife awak. Apa sahaja yang berkaitan dengan awak, Far kena terima. Rela atau tidak, itu bukan persoalan. Tapi Far ikhlas. Masalah awak, masalah Far juga. Susah senang kita hadapi sama-sama, okay?” Farhana meletakkan jemarinya pada pipi Aiman.

“Thanks.” Aiman mengambil jemari Farhana dan mengucupnya lama. Dia merapatkan tubuh Farhana pada dirinya. Saya janji akan beri kebahagiaan yang sepatutnya awak dapat. Saya akan bagi kasih sayang mama saya pada awak, sama macam mana yang mama sayangkan saya dan Nia. Saya akan ubah pandangan papa pada awak. Saya janji. Janji!

8 comments:

  1. Bestnye Nurul..keep it up..next e3 plzzzzzzzz..

    ReplyDelete
  2. kak ain, datang kat pesta buku takk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang insya allah. tp esk. Kol 12.30 akak pny.. Intan dtg ke?

      Delete
    2. oh yeke. intan pegi hari ahad kot. tu pon tak confirm lagi.
      alaahh nak autograph akak la. hehhe. akak dtg esok je ke? hari lain?

      Delete
  3. Em,, esk je. Ari len akak ad prjek len ngn fmly. Huhu. Acano deh?.. Haha,, tapek2,, ada jdoh kte jmpe yek

    ReplyDelete