Latest Post!

Dendam Cinta Revamp 2

  KUNCI kereta dicampak ke atas meja. Malangnya tergelincir jatuh ke lantai dek kelajuan tahap maksima. Plastik ubat pula diletakkan di ata...

BMW 18

Hannah merenung Elman yang sedang leka menjamu makan malamnya. Dia masih was-was untuk memberitahu khabar berita yang diterimanya tadi. Elman kelihatan berselera dengan makanan malamnya. Hannah bermain dengan sudu dan garfunya. Selera untuk makan hilang. Dia akan cuba memujuk Elman tanpa bertikam lidah. Insya Allah!

“Abang Elman.” panggil Hannah. Elman yang sedang makan hanya memandang Hannah sekilas.

“Kenapa?”

“Hannah ada benda nak bagitau ni.”

“Apa dia?”

“Hannah nak sambung master.”

Elman mengangkat kepala memandang Hannah.

“Good. Kat mana? Uni yang sama ke?”

“Tak. Change uni.”

“Uni mana pulak kali ni?”

“Luar.”

Elman merenung Hannah lama.

“Luar negeri?”

“Bukan.” Hannah serba salah.

“Don’t say....” Elman memanah Hannah dengan pandangan tajamnya.

“Yup. Luar negara.”

“Hannah! Why bring this up?”

“Abang Elman, please! Just give me a chance untuk teroka negara orang.”

“Tak boleh!”

“It just for two and a half year!”

“Just?! You said, just??! Do you know how long does two and a half year is?”

“Hannah akan kerap balik. Promise!”

“Hannah! Abang pernah belajar luar negara. And I know it’s hard to come back even once in a year!”

“I promise you! Bila raya, I’ll be back!” Hannah masih tak putus asa memujuk. Selera Elman mati.

“Hannah! I said enough. No! And no! And always no!” Elman bangun dari kerusinya. Pinggannya diletakkan di sinki. Hannah hilang punca. Macam mana nak pujuk?

Elman mencuci tangannya. Pinggan dibiarkan di sinki. Dia bergerak ke ruang tamu. Hannah merengus lemah.

Hannah mencuci pinggannya. Dia membawa segelas air sejuk untuk Elman.

“Abang.” Hannah meletakkan gelas itu di atas meja yang berada di hadapan Elman. Elman masih leka menonton televisyen.

“Abang. Please! Please! Please!! Just this time. Please!” Hannah melutut di hadapan Elman.

“Hannah.. can’t you just drop the subject?”

“I won’t until you give me the answer I want.”

“The answer is no and will always be no!”

“Why?! Why? Hannah tak faham sebab abang tak kasi Hannah sambung study abroad! Tell me. Kenapa?”

“Just.. it’s because.. erhh .. I can’t because.. coz.. erk.. there is an answer for your question, but I don’t know yet.” Elman mula menggelabah. Hannah mengerutkan dahi.

“Don’t know yet? That mean you don’t have the answer! Then, there’s no reason why I can’t go!”

“Can you just listen to me? I’m your husband and I have the right to stop you!”

“Tapi kenapa abang nak halang cita-cita Hannah?!” Hannah sudah bangun dari melutut. Dia mula tak puas hati.

“Answer me first. Why abroad?” giliran Elman menyoal.

“My choice!” Hannah sendiri takde alasan kukuh untuk belajar luar negara. Kenapa kena luar negara sedangkan Malaysia sendiri lagi banyak kos yang boleh diambil? Diiktiraf lagi!

“Other than that?” Elman tau Hannah cuba lari dari dirinya.

“Abang... don’t find excuses sebab nak lari dari soalan Hannah. I asked you first!”

“If you can give me the answer, abang benarkan.”

“Seriously?”

“Yes.”

“I want to stay away from you as longer as I can!!” akhirnya! Luah Hannah dengan semangat. Elman memeluk tubuh. Kakinya disilangkan.

“With that answer, you’ll go no where.” Elman kembali menonton televisyen. Hannah hilang semangat.

“What?! You said if I can give the answer...” tak sempat Hannah menghabiskan bicaranya, Elman mencelah.

“But not that answer.”

“Abang!” Hannah menjerit.

“Hey! Pekak telinga abang kalau Hannah jerit macam tu.”

“Mana aci!”

“Aci kat India.”

“Abang Elman!”

“Yes?”

“Abang Elman dah melebih!”

“I’m not. A wife should listen to her husband.”

“Abang!!” Hannah tak puas hati.

“What? You want a hug? Come-come! Come papa give you a big hug.” Elman tersenyum memandang Hannah sambil melapangkan kedua belah tangannya. Menanti untuk Hannah masuk ke dalam pelukannya.

“Childish!”

“Meh la sini. Abang bagi warm hug.”

“Tak kuasa Hannah!”

“Tak nak pulak? Tadi panggil abang dengan meleret-leret manja. Abang ingat nak abang hug tadi.” Selamba Elman berkata.

“Abang ni! Tukar topik pulak.”

“Abang mengantuk la. I want to go to sleep. Wanna join me?” Elman mematikan televisyen.

“Abang! We didn’t finish our....”

“Na-ah!” Elman meletakkan jarinya di bibir Hannah apabila dia sudah bangun untuk masuk ke bilik.

“Jom.” Elman tiba-tiba berubah mood menjadi seorang yang romantik. Elman meletakkan tangannya di leher dan pipi Hannah. Hannah terkedu.

Elman menghadiahkan senyuman. Dia menarik lengan Hannah untuk mengikutinya, namun Hannah menarik kembali lengannya. Elman merenung Hannah sebentar.

“Tak nak jalan? Okay.” Elman terus mencempung tubuh Hannah yang kecil itu. Hannah tergamam.

“Lepaskan Hannah la! Turunkan Hannah!” Hannah menjerit meminta dilepaskan.

Elman bergerak hingga ke biliknya. Kenapa la minah ni ringan sangat? Macam kapas je rasanya angkut minah ni. Seloroh Elman dalam hati. Tapi kulit dia.. kulit dia lembut sangat! Menggoda. Menggoncang iman!

Elman meletakkan Hannah di atas katil. Hannah memasamkan mukanya.

“Kenapa tu? Muka dah macam tauhu masam je.” Perli Elman. Dia bergerak ke sebelah pintu untuk menutup suis lampu. Namun, dia sempat membuka lampu bilik air supaya ada sedikit cahaya yang boleh membantu dia dalam kegelapan bilik.

Elman mengambil tempat di sisi katil Hannah. Hannah masih masam mencuka. Dia memeluk tubuhnya.

“Hannah. Don’t do that. Muka awak akan cepat nampak tua.” Elman menarik comforter membaluti tubuhnya. Aircond yang baru menyejuk sudah dapat dirasakan kesejukannya.

Hannah diam seribu bahasa.

“Hannah.. sejuk la pulak.” Elman merungut. Dengan selamba dia memeluk tubuh Hannah. Dia meletakkan kepalanya di atas dada Hannah. Hannah kaget.

“Apa ni peluk-peluk orang ni?” marah Hannah.

“Sejuk la.”

“Sejuk pun, comforter ada.”

“Human body lebih memanaskan.”

“Alasan.”

Elman menarik Hannah dalam pelukan. Ubun-ubun Hannah dikucup lembut. Hannah terpana. Kucupan Elman makin meliar. Elok dari dahi, turut satu-satu tahap hingga ke bibir merekah Hannah.

Lama bibir Elman mendarat di bibir Hannah. Walaupun jantung Hannah bagai nak pecah rasanya, tapi dia sendiri tak pasti kenapa dia tidak bertindak untuk menjauhkan diri dari Elman.

Elman makin dekat dengan Hannah. Tangan Elman sudah mendarat di tubuh Hannah. Butang baju Hannah ditanggalkan satu persatu. Hannah leka. Dia alpa! Tak sedar langsung tindakan Elman kerana hanyut dengan kucupan si suami.

Tangan Elman terus meliar menarik baju Hannah yang telahpun terbuka butang bajunya. Hannah masih leka. Leka dan akhirnya kesuciannya diragut Elman, seorang lelaki yang bergelar suami.

BMW 17

Elman meraup wajahnya. Masalah yang menimpa menyukarkan dia untuk fokus terhadap bidang kerjayanya. Dia risau jika Hannah nekad meninggalkan dirinya. Cintakah dia? Sayangkah dia? Atau Elman hanya menganggap Hannah sebagai tanggungjawabnya? Semakin hari semakin banyak perubahan ketara pada diri Elman.

“Tuan.” Haslinda menekan butang interkom.

“Ye?” Elman menjawab.

“Ada seseorang yang nak berjumpa dengan tuan.”

“Siapa?”

“Cik Hannah.”

“Benarkan dia masuk.” Elman terus menutup butang interkom itu. Dia memperbetulkan bajunya, rambutnya, tali lehernya! Macam nak jumpa girlfriend baru je gamaknya.

“Assalamualaikum.” Hannah membuka sedikit pintu pejabat baru Elman. Elman hanya mengangguk sambil merenung Hannah.

“Kenapa datang pejabat abang ni?” soal Elman sekadar berbasi-basi.

“Hannah nak mintak abang tolong tandatangan dokumen ni.” Hannah meletakkan sampul surat bersaiz A4 di hadapan Elman.

Elman terpinga-pinga. Dia melihat isi dokumen itu. Bulat matanya bila memandang baris-baris ayat yang jelas terpampang di dalam kertas itu. Elman terus melemparkan surat-surat itu di hadapan Hannah.

“What’s this?” bulat mata Elman memandang Hannah yang masih tenang.

“Apa yang abang baca, itu la dia.”

“Hannah!” tinggi suara Elman. Nasib baik pintu biliknya kalis bunyi. Kalau tidak, sampai ke luar juga suaranya boleh kedengaran.

“Hannah dah fikir masak-masak. Muktamad keputusan Hannah.” Hannah tetap berlembut ketika menegaskan apa yang dia inginkan.

“Hannah! This’s too much! I’m not going to let you do this! Atas dasar apa yang awak nak mintak fasakh? Takde alasan yang munasabah!” Elman ketawa sinis.

“Semua syarat akad abang turuti.” Sambung Elman. dia pasti kejayaan miliknya. Bila masa Hannah mengambil borang penceraian, dia sendiri tak pasti.

“Hannah boleh laporkan yang rumahtangga kita tak macam orang lain. Banyak kecacatannya.” Hannah pasti alasan ini diterima.

“Hannah. Why do this?” Elman menarik nafas panjang.

“I can’t stay with you. Tak faham ke? Hannah tak nak tanggung dosa Hannah hari-hari membenci suami sendiri! Hannah tak nak tanggung dosa Hannah sentiasa melawan cakap abang! Please Abang Elman. Lepaskan Hannah. Abang Elman dah dapat apa yang abang nak. This’s all you want, kan? Abang Elman dah cukup gunakan Hannah! Hannah tak nak terlibat dengan Abang Elman lagi! Abang tau tak, sepanjang Hannah hidup dengan abang, takde satu malam pun Hannah tido dengan tenang! Arahan abang, tengkingan abang, santau Han...” Hannah sedar kini dia terlepas kata-kata.

Elman terkedu. Santau?

“Apa maksud Hannah? Santau?” Elman bertanya. Hannah telan air liur. Macam mana dia nak tutup kesalahan Hani sedangkan lidah lagi terlanjur kata?

“Hannah.” Panggil Elman mematikan lamunan Hannah. Hannah mengangkat kepalanya memandang Elman. Tubuhnya bergetar. Elman merapati Hannah. Bahu Hannah dipegang kejap.

“Apa maksud Hannah tadi?” Elman menyoal lagi.

“Kita bincangkan benda ni nanti.” Hannah terus mengutip kembali dokumen yang telah bertabur di hadapannya. Elman mengerutkan dahi.

“Hannah!” jerit Elman membuatkan Hannah tersentap.

“Okay! Okay!” Hannah meraup wajahnya. Dia perlu mencari akal supaya Elman mematikan pertanyaan tentang santau.

“Kita anggap surat cerai ni tak pernah wujud. Okey?” Hannah menghadiahkan senyuman manis. Namun jiwanya memberontak. Jantungnya lagi kuat berdegup. Bencinya pada Elman kian meluap-luap. Makin lama Elman baik dengan dirinya, makin dia membenci lelaki itu.

“Hannah! Tell me everything that I should know, now!” Elman mendekati tubuh Hannah. Hannah mengundur. Lagi Elman mendekati, lagi Hannah berjalan ke belakang.

Sehingga kaki Hannah terlanggar sofa dan terus jatuh terduduk di sofa itu. Elman merenung Hannah tajam.

“Make a choice! Divorce or the truth?” Hannah memberanikan diri memberi Elman dua pilihan. Elman teragak-agak. Untuk menceraikan Hannah, itu tak mungkin!! Dia sendiri tak tau kenapa dirinya perlukan Hannah di sisi. Tapi kebenaran? Dia perlu tahu!! Dia layak untuk tahu!

“Hannah! Why make things more difficult?! This’s ridiculous! Hannah, I’m your husband, and I have the right to know what’s going on!” Elman membentak. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket. Manakala tangan kanannya ditahan di atas meja. Konon macho la tu.

“Your choice.” Hannah mendesak.

“Okay! Okay! Stop mentioning about the divorce! I’m not doing to divorce you what ever happen!” tegas Elman. Hannah menelan air liur. Serius ke kata-kata Abang Elman ni? Hannah tertanya-tanya.

“Abang! Tolong la faham kenapa Hannah mintak cerai! Hannah tak nak jadik isteri yang melanggar kata-kata suami. Hannah tak nak tambah dosa Hannah. Hannah tau penceraian tu boleh menggoncang Arasy Allah. Satu benda yang boleh dilakukan tapi tak dituntut. Makin lama Hannah hidup dengan abang, makin memuncak benci Hannah kepada abang. Can’t you just know that?” Hannah mengucap lembut.

Elman mendekati Hannah yang hanya beberapa inci di hadapannya. Lantas tubuh kecil Hannah dipeluk erat.

“Just do it. For Aiman.” Kata Elman. Hannah memejamkan matanya. Air mata mengalir.

“We can make this together. Trust me. Kalau Hannah makin benci abang after this, I’ll consider about the divorce. Okay?” Elman mengesat air mata Hannah yang meleleh di pipi. Hannah mengangguk. Lagak macam adik dan abang.

MAJLIS konvokesyen berakhir. Namun Hannah sedikit terkilan. Entah kenapa dia begitu mengharapkan kedatangan Elman pada majlis ini. Ibu bapa kandung dan mertuanya turut menghadiri majlis konvonya. Tapi kenapa tidak suaminya?

Sedangkan Elman sendiri sudah berjanji tempoh hari untuk hadir. Selepas seminggu dari peristiwa yang terjadi di pejabat Elman, Hannah makin tak selesa dengan diriya. Apatah lagi apabila Elman kini lebih mengambil perhatian terhadap setiap gerak gerinya. Sentiasa menjaganya ibarat seorang adik kandung!

Hannah dengan topinya masih menanti Elman di luar dewan. Dengan segulung ijazah di tangan, dia mencari kelibat Elman. Graduan lain sibuk menangkap gambar.

Hannah telah pun meminta ahli keluarganya untuk pulang terlebih dahulu apabila selesai menangkap gambar. Katanya, ingin berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Tapi realitinya, diam menunggu Elman!

“Hannah!” jerit Amalina.

“Ye?” Hannah menoleh melihat Amalina berlari-lari kecil macam budak kecil. Dah la baju mengheret, terpijak kain tu kang ada jugak yang jatuh berguling macam cerita Hindustan. Minah ni la!

“Hannah! Jom tangkap gambar sama!” Amalina ceria walaupun dia masih termengah-mengah sambil memegang ijazahnya.

“Malas la nak tangkap-tangkap gambar ni. Lagipun nak mintak tolong siapa?” Hannah cuba berdalih supaya wajahnya tidak diambil gambar.

“Arif!” Amalina memanggil Arif yang sedang bergurau senda dengan rakan-rakannya. Arif menoleh demi melihat siapa yang memanggilnya. Matanya terjatuh pada Hannah yang kelihatan seperti sedang menunggu seseorang.

“Arif! Tolong tangkap gambar kitorang.” Amalina menyerahkan kameranya pada Arif bila Arif mendekati mereka.

Arif melaksanakan tugasnya seperti seorang photoshooter. Profesional je lagaknya! Beberapa kali wajah Hannah dan Amalina memenuhi ruang di kamera digital Amalina. Walaupun senyuman Hannah manis, tapi Arif sedar, senyuman itu tak ikhlas!

“Dah. Kita pulak tangkap gambar korang. Meh sini Arif!” Amalina meninggalkan Hannah terkapai-kapai seorang diri. Amalina bergerak ke Arif dan mengambil kamera itu dari tangan Arif. Arif pula dipaksanya untuk berdiri di sisi Hannah untuk mengambil gambar.

Hannah merengus. Budak ni kan! Sengaja je tau! Di saat Hannah mengukir senyuman di sisi Arif, bahu Hannah dicuit. Lantas ada seseorang yang duduk diantara Hannah dah Arif.

“Arif, aku join takpe kan?” Elman menyoal. Wajahnya tersenyum, tapi hatinya, siapa yang tahu?

Arif tersengih.

“Takpe la. Kau tangkap la gambar dengan wife kau.” Arif mendekati Amalina. Hannah memandang wajah Elman. Walaupun tidak nyata wajah marah Elman, tapi dia masih dapat lihat.

“Kenapa nak tangkap gambar dengan orang laki? Tak boleh! Abang lambat sebab susah-susah carik hadiah, dia sibuk enjoy tangkap gambar dengan bekas pakwe dia pulak.” Elman menyatakan ketidakpuasan hatinya.

“Emily yang mintak. Nak simpan kenangan.” Balas Hannah.

“Kenangan la sangat! Nah!” Elman menghulurkan sesuatu kepada Hannah. Hannah tak perasan, tapi Amalina dan Arif sibuk tersengih-sengih sambil menangkap gambar mereka secara spontan.

Keadaan Elman yang melutut di hadapan Hannah membuatkan gambar yang diambil bertambah romantik. Hannah terkedu.

Bunga ros sekuntum yang berwarna putih tapi digubah dengan cantik! Kain kasa dan reben yang digunakan mengindahkan lagi bunga itu. Aiseyman! Dah macam ending Full House! Saat Young-jae bagi bunga kat Ji-eun.

Beberapa keping gambar babak Elman menghulurkan bunga kepada Hannah diambil Amalina. Arif tersenyum. Aku yakin. Aku yakin sangat. Lelaki yang melutut di hadapan Hannah ni akan bahagiakan Hannah dalam jangka masa yang panjang. Arif berbisik sendiri. Dia nekad. Hannah kini memang milik Elman.

“Oi korang! Nak tangkap gambar ke nak melamar ni? Awak terima je la bunga tu, cik Hannah! Eh silap! Puan Hannah!” sempat Amalina mengenakan Hannah.

Wajah Hannah merona merah. Lantas dia menyambut huluran Elman. Elman tersenyum. Hilang pula rasa cemburunya pada Arif tadi.

Hannah menarik lengan Elman supaya bangun dari melutut. Elman makin suka!

“Ah! Kejap! Kejap! Kaki abang cramp.” Elman merungut. Hannah ketawa. Baru melutut kejap dah cramp? Hahaha.

“Meh Hannah tolong.” Hannah membongkok dan memeluk pinggang Elman untuk membantu Elman berdiri. Elman terkedu. Tapi... Dalam hati ada taman! Bunga ros pun dah mekar mewangi tumbuh dalam hatinya. Bukan takat bunga ros je, kekwa, orkid, tulip, semua ada! Kalau boleh terbang, dah terbang dah si Elman ni!

Selamat Elman berdiri, dia terus memeluk Hannah erat ke dalam pelukan. Hannah terkedu.

“Ececeh! Nak peluk jugak! Ha cepat!” Amalina menangkap gambar mereka berdua. Walaupun Hannah lemas, tapi dia turutkan jugak kehendak Elman.

Selesai satu masalah apabila atok Arif sendiri naik ke Kuala Lumpur untuk membantu baki berubat Hannah. Kini, santau hilang sepenuhnya.

HANNAH pulang ke rumah dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Bunga ros di tangan dibelek beberapa kali. Elman hanya memerhatinya dari ruang tamu. Hannah masih leka merenung sijil ijazahnya di dapur.

“Oi! Yang dok belek bagai nak tembus sijil tu kenapa?” sengaja Elman mengganggu.

“Jangan jeles!” Kuat suara Hannah supaya Elman mendengarinya.

“Meh sini kejap. Abang ada soalan.” Elman memanggil.

Hannah mendekati Elman. Elman menyuruh Hannah untuk duduk di sisinya. Hannah merenung Elman lama.

“Kenapa?” soal Hannah.

“Apa yang awak buat sebelum ni kat rumah Amalina tu?” tanya Elman. Hannah terkejut.

“Tak buat apa.” Hannah menyembunyikan kebenaran.

“Jangan tipu. I know there’s something.” Elman menjerat.

“Betul! Takde apa.” Hannah masih lagi belum menjelaskan sebab dia duduk di rumah Amalina untuk tiga hari sebelum hari konvo. Sebabnya, dia ingin berubat dengan Ustaz Asri supaya santaunya hilang.

“Betul ni?” soal Elman.

“Betul!”

“Malam ni Hannah masak special untuk abang! Okey?” kata Hannah ceria. Elman bertambah ceria. Lagi seronok bila isterinya mula memberi feedback positif!